Sejak kebelakangan ini, kes ragut di Malaysia semakin
meningkat dan sering dilaporkan media. Ini akan mencetuskan kebimbangan
masyarakat terutama gologan wanita. Hal ini demikian kerana kebanyakan mangsa
kes ragut terdiri daripada perempuan. Selain itu, dalam beberapa kes tertentu
ia bukan sahaja mengakibatkan kecederaan serius malah ada yang membawa maut.
Lantara itu, sebagai masyarakat yang prihatin kita mestilah mengetahui punca-punca
yang mendorong kes ragut serta langkah-langkah untuk mengatasi jenayah ragut.
Punca-punca mendorong
kes ragut
1. Desakan
Hidup
Taraf kehidupan di Malaysia semakin meningkat
dan harga barangan juga semakin meningkat. Ini telah menyebabkan rakyat
Malaysia memerlukan rezaki yang lebih banyak berbanding dengan dahulu untuk
meneruskan kehidupan mereka. Ini telah menyebabkan sesetengah orang sanggup
menjadi peragut untuk mendapatkan wang dengan senang.
Selain
itu, pengganguran juga menyebabkan sesetengah orang menjadi peragut. Hal ini
demikian kerana mereka telah hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga
sehingga terpaksa menjadi peragut untuk meneruskan kehidupannya.
Di
samping itu, sesetengah orang yang bersikap tamak dan ingin kehidupan yang
mewah sehingga sanggup menjadi peragut untuk mendapatkan sumber kewangan deng
cepat.
Tambahan
pula, penagih dadah juga sering menjadi peragut kerana mereka memerlukan wang
untuk membeli dadah. Biasanya, penagih dadah sanggup berbuat demikian kerana
mereka telah kehilangan rasional.
2. Sikap
Mangsa
Biasanya, peragut akan tertarik dengan
wanita-wanita yang suka mendedahkan barang kemas yang dipakai. Sebagai contoh,
wanita yang suka memakai barang emas sering manjadi mangsa ragut. Kadang-kala
mereka tidak peka terhadap sekelilingnya juga akan menyebabkan mereka menjadi
mangsa ragut. Wanita yang berjalan sendirian juga mudah menjadi mangsa ragut.
Hal ini kerana tidak ada orang boleh memberi bantuan dengan segera jika peragut
ingin meragut wanita yang berjalan sendirian.
3. Kawasan
yang tidak mempunyai ciri keselamatan
Kawasan-kawasan yang sering menjadi sasaran
peragut untuk meragut adalah kawasan yang tidak mempunyai kamera litar
tertutup, jalan yang sunyi dan jalan yang tidak mempunyai lampu. Ini telah memberi peluang kepada peragut untuk meragut.
Langkah-langkah untuk mengatasi jenayah
ragut
1. Meningkatkan
pengawasan polis
Pengawasan polis boleh ditingkatkan di
kawasan panas seperti stesen bas, jalan sunyi, tempat tumpuan umum dan
lain-lain lagi. Rondaan perlu dilakukan dengan lebih kerap dan berterusan terutama
di kawasan panas untuk mengatasi kes ragut berlaku. Selain itu, bilangan polis
bantuan juga perlu ditingkatkan untuk mengatasi kes ragut dengan berkesan.
2. Memasang
kamera litar tertutup di tempat awam.
Memasang kamera litar tertutup di tempat awam
dan di sambungkan dengan balai polis berhampiran. Ini menyebabkan polis dapat
mengesan pergerakan peragut dengan segera dan berkesan. Apabila kamera litar
tertutup dipasang di tempat awam dapat menghalang peragut kerana bimbang
aktiviti mereka dikesan maka ini akan mengurangkan kes ragut berlaku.
3. Kesedaran
masyarakat
Kesedaran masyarakan perlu diingkatkan supaya
boleh mengelakkan daripada diragut. Sebagai contoh, jika boleh wanita perlu
mengelakkan memakai barang kemas yang berlebihan supaya tidak menarik perhatian
peragut dan menjadi mangsa ragut. Selain itu, jangan membawa wang tunai dalam
jumlah yang banyak supaya tidak akan menjadi sasaran peragut. Di samping itu,
masyarakat tidak digalakkan berjalan dalam lorong secara bersendirian walaupun
lorong tersebut adalah jalan singkat terutama golongan wanita.
Secara
kesinpulan, jika kes ragut sering berlaku di Negara kita akan menjejaskan imej Negara
dan keselamatan rakyat. Oleh itu, semua pihak perlu memberi kerjasama untuk
mengatasi jenayah ragut.
Most of the words are missing.
ReplyDeleteVery bad I hate it
ReplyDeletespelling mistake
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTHE SPELLING......
ReplyDelete